Penebusan Support

Support Detail

Siapakah yang layak untuk menebus rebat peranti RM300?

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang bujang atau berkahwin dengan anak-anak di bawah 18 tahun turut layak untuk menebus rebat peranti RM300.

Bagaimana saya boleh menebus rebat peranti RM300 dengan Postpaid?

Untuk menikmati rebat peranti RM300 dengan Postpaid, anda perlu memilih Prihatin 40 Postpaid Bundle semasa pendaftarn Jaringan Prihatin melalui Digi Store, Digi Store Express atau Digi Postpaid Dealer atau Digi Store Online di https://digi.my/prihatin. Penebusan rebat peranti RM300 akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Apakah perincian tawaran dari Prihatin 40 Postpaid Bundle?

Perinciannya seperti berikut:

 

Prihatin 40 Postpaid Bundle
Yuran BulananRM40
Peruntukan Kuota Internet10GB
Kuota Internet Tambahan2GB (sejam setiap hari)
Peruntukan Minit (Tetap)Tanpa had
SMS (Tetap)10 sen / SMS
Apakah tempoh kontrak Prihatin 40 Postpaid Bundle?

Tempoh kontrak Prihatin 40 Postpaid Bundle adalah selama 12 bulan.

Berapakah bayaran pendahuluan untuk Prihatin 40 Postpaid Bundle?

Bayaran pendahuluan RM100 akan dikenakan dan akan direbatkan pada bil bulanan anda selama tempoh 10 bulan (RM10/bulan). Bayaran ini dikenakan pada semua jenis transaksi termasuk pendaftaran talian baru, penukaran penyedia perkhidmatan (port-in) atau penukaran pelan.

Bagaimanakah saya boleh menebus 2GB (sejam setiap hari) percuma?

2GB (sejam) percuma akan diberikan setiap hari setelah pelan anda diaktifkan. Anda perlu menebus 2GB setiap hari melalui aplikasi MyDigi http://digi.my/prihatin-posinbox atau dail *888*1#.

Bolehkah saya naik taraf pelan saya?

Ya, anda boleh naik taraf pelan anda pada bila-bila masa.

Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya saya menamatkan akaun Postpaid saya sebelum tempoh kontrak tamat?

Jika penamatan akaun dibuat sebelum tamat tempoh kontrak, penalti RM300 akan dikenakan.

Jika saya menamatkan kontrak saya, bolehkah saya terus menikmati 2GB (sejam sehari) percuma?

Tidak, 2GB (sejam sehari) percuma anda akan terbatal sekiranya kontrak anda ditamatkan.