Jaringan Prihatin (BM) Support

Support Detail

Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk program Jaringan Prihatin?

Sekiranya anda pelanggan Postpaid, anda boleh mendaftar untuk program Jaringan Prihatin melalui Digi Store, Digi Store Express, Digi Postpaid Dealer atau Digi Store Online di https://digi.my/prihatin.

Namun, tawaran rebat peranti hanya tersedia di Digi Store, Digi Store Express dan Digi Postpaid Dealer sahaja.

Sekiranya anda adalah pelanggan Prepaid, anda boleh mendaftar untuk program Jaringan Prihatin melalui Digi Store, Digi Store Express, Digi Prepaid Dealer atau Digi Store Online di https://digi.my/prihatin.

Saya layak untuk Program Bantuan Prihatin Rakyat, tetapi saya terlepas tarikh akhir untuk menyertai program Jaringan Prihatin, masih bolehkan saya mendaftar?

Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda terlepas tarikh akhir pendaftaran pada 31 Julai 2021, walaupun anda adalah penerima BPR yang layak.

Bolehkah saya melakukan beberapa pendaftaran ke beberapa penyedia perkhidmatan di bawah program Jaringan Prihatin?

Tidak, anda hanya boleh mendaftar dengan 1 penyedia perkhidmatan pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, anda boleh mendaftar semula dengan penyedia perkhidmatan lain dengan menghentikan program Jaringan Prihatin dengan penyedia perkhidmatan semasa.

Tempoh masa antara pendaftaran dengan penyedia perkhidmatan sedia ada dan pendaftaran semula dengan penyedia perkhidmatan yang baru mestilah minimum 30 hari. Tempoh masa antara pendaftaran semula ke pendaftaran semula yang lain boleh berlaku bila-bila masa tetapi anda hanya dapat menikmati faedahnya sebulan sekali. Sekiranya anda telah menebus faedah dengan penyedia perkhidmatan sebelumnya, anda tidak akan dapat menikmati faedahnya dengan penyedia perkhidmatan baru dalam bulan yang sama.

Anda hanya boleh menukar penyedia perkhidmatan sehingga 4 kali sepanjang tempoh program ini.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada pendaftaran saya berjaya?

Anda akan menerima pengesahan SMS setelah kredit internet RM15 anda diberikan (untuk Prepaid) atau pengesahan SMS bahawa rebat bil RM15 anda akan diberikan pada bil seterusnya (untuk Postpaid). Untuk rebat peranti RM180 atau RM300, diskaun akan diberi terlebih dahulu semasa pembelian.

Saya tidak layak untuk program ini; bolehkan saya membuat rayuan status kelayakan saya?

Semua penerima BPR adalah layak untuk program Jaringan Prihatin. Jika anda telah dianggap tidak layak untuk program Jaringan Prihatin, anda harus membuat permohonan rayuan status kelayakan BPR anda terlebih dahulu melalui laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi hotline BPR (1800-88-2747) dari 15 Mei – 30 Jun 2021.