Digi Abadi Support

Support Detail

Berapakah kos penghantaran?

Penghantaran adalah percuma.

Berapa lamakah tempoh penghantaran kad SIM?
Saya berumur di bawah 12 tahun atau saya mempunyai 5 talian prabayar Digi dan saya telah membuat pembayaran untuk pelan Prabayar Digi Abadi baharu. Adakah talian saya akan didaftarkan?

Tidak, pendaftaran anda akan ditolak. Kami akan memaklumkan anda dan mengembalikan jumlah yang telah dibayar kepada anda.

Bagaimana saya mengaktifkan SIM?

Jika anda ingin bertukar ke Digi:

  1. Pertama, simpan kad SIM lama anda di dalam telefon dan sila tunggu untuk SMS yang akan dihantar bagi pengesahan penukaran rangkaian daripada pembekal terkini perkhidmatan telefon anda. Balas dan sahkan penukaran rangkaian anda.
  2. Apabila anda kehilangan isyarat untuk kad SIM anda yang lama, anda boleh bertukar kepada kad SIM Digi yang baharu dan anda boleh menikmati servis kami!
  3. Setelah berjaya diaktifkan, SMS atau email akan dihantar pada hari seterusnya untuk anda melengkapkan Insurans Pengaktifan Dalam Talian. Ketahui lebih lanjut di sini > http://digi.my/iab

Jika anda membeli talian yang baharu:

Kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik dalam tempoh masa 1 jam selepas penghantaran kad SIM. Jika kad SIM anda tidak diaktifkan dalam tempoh masa ini, anda boleh mengaktifkannya sendiri. Setelah berjaya diaktifkan, SMS atau email akan dihantar pada hari seterusnya untuk anda melengkapkan Insurans Pengaktifan Dalam Talian. Ketahui lebih lanjut di sini > http://digi.my/iab

Adakah insurans saya diaktifkan secara automatik selepas saya mendaftar untuk pelan ini?

Tidak, anda perlu mengaktifkan Perlindungan Insurans Hayat melalui laman web AXA dengan berjaya menjawab soalan Pengisytiharan Kesihatan. Pautan laman web akan dihantar kepada anda melalui SMS (62033) dan e-mel (connect.digital@axa-life.com.my) satu (1) hari selepas SIM diaktifkan. Sila rujuk kepada Seksyen 2 (Section 2) untuk maklumat lanjut mengenai insurans.